Wednesday 6 June 2012

Merejam lembing





1.0 BAHAGIAN-BAHAGIAN LEMBING


*     Lembing biasanya diperbuat daripada besi atau logam campuran.
*     Bahagian-bahagian lembing terdiri daripada kepala, grip dan ekor.
*     Terdapat dua jenis gaya rejaman yang boleh digunakan oleh perejam lembing.
*     Kedua-dua gaya ini sering digunakan oleh perejam-perejam amatur mahupun professional. 

Gaya rejaman tersebut ialah Gaya Rejaman Dari Atas Bahu dan Gaya Rejaman Dari Bawah Bahu.

2.0 Kawasan rejaman lembing 



Kawasan rejaman hendaklah bebas daripada sebarang gangguan atau halangan serta tidak membahayakan keselamatan orang ramai. Panjang kawasan larian tidak melebihi 36.5 m dan lebar 4 m, manakala kawasan rejaman yang dilebarkan pada sudut 29 – 30 darjah mempunyai jarak 8 m dari pusat lengkungan ke titik sudut. Panjang kawasan ini tidak mempunyai had asalkan bersesuaian dengan taraf atau prestasi peserta.

3.0 Gaya memegang lembing

Terdapat tiga teknik asas memegang lembing iaitu;

Gaya Amerika


Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari yang lain.

Gaya Finnish

Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari tengah.

Gaya Pegangan – U

Lembing dipegang di antara jari telunjuk dan jari tengah.



5.0 GAYA REJAMAN

GAYA REJAMAN DARI ATAS BAHU




GAYA REJAMAN DARI BAWAH BAHU




6.0 Teknik rejaman lembing

Terdiri daripada empat fasa utama seperti berikut:
1-Fasa persediaan
2-Fasa lari landas
3-Fasa rejaman
4-Fasa ikut lajak

1. Fasa persediaan

Fasa ini memberi fokus kepada persediaan fizikal seperti teknik memegang dan menentukan kedudukan lembing serta persediaan mental. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:
  • Berdiri dengan keadaan postur badan yang tegak dan seles
  • Pegang lembing mengikut gaya pegangan yang dipilih dengan kemas dan selesa
  • Lembing berada pada aras kepala dalam keadaan bersudut 40 darjah
  • Bahagian kepala lembing hendaklah menghala ke arah kawasan rejaman
  • Pandang kearah kawasan rejaman
2. Fasa lari landas
 

Fasa ini bertujuan untuk mewujudkan kelajuan yang maksimum dan dalam keadaan terkawal. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:
  • Mulakan larian sambil memegang lembing pada aras kepala
  • Tingkatkan kelajuan mewujudkan daya pecut secara terkawal
  • Langkah terakhir lebih besar daripada langkah – langkah sebelumnya
  • Tumit kaki hadapan menekan kuat ke tanah semasa memberhentikan larian supaya kuasa larian dipindahkan ke lembing sebelum memasuki fasa rejaman.

3. Fasa rejaman
                           

Fasa rejaman memerlukan pemindahan kuasa kaki ke lembing untuk memberi kelajuan yang maksimum pada rejaman. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:
  • Dalam keadaan tumit kaki hadapan menekan ke tanah, kilaskan badan ke sisi
  • Kilaskan badan ke sisi dan belakang dengan menggunakan tangan bebas dan kuasa rotasi pinggang
  • Tolak lembing ke belakang dan tarik ke atas dan ke hadapan untuk melancarkan lembing
  • Perlakuan ini memerlukan rotasi di pinggang dan lentikan di belakang untuk menambahkan kuasa rejaman
4. Fasa ikut lajak

                                            

Penyerapan daya dan stabilkan pergerakan selepas merejam adalah penting. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:
  • Sebaik sahaja lembing dilepaskan, langkah setapak ke hadapan dan mendarat dengan sebelah kaki
  • Imbangkan badan dengan kaki yang sebelah lagi
  • Rendahkan badan bagi mengimbang dan menstabilkan kedudukan badan
  • Kawal pergerakan supaya tidak melepasi garisan lengkungan bulatan



1 comment: