Friday 8 June 2012

Model Bunker & Thorpe (1982)


 Hopkins 1975, Pembelajaran kemahiran melalui keseronokan.
Werner 1996, Peningkatan keseronokan (enjoyment) dan penglibatan dikaitkan dengan peningkatan prestasi.

 

Langkah 1
Permainan
·         ( Nama Permainan )
·         Fikirkan tentang;
·         Kawasan
·         Bilangan pemain
·         Alatan
·         kumpulan sasaran
-Pelajar/Murid

Langkah 2
Apresiasi Permainan
 Peraturan Permainan
 Ubahsuai
 Variasi

Langkah 3
Kesedaran Taktikal
 Prinsip pergerakan
 Ruang dan masa
 Situasi lanjut
 Kesan kelemahan lawan
Langkah 4
Membuat Keputusan
·         Apa yang perlu dilakukan?
 Nilai situasi
 Kenal pasti dan menjangka kemungkinan
·         Bagaimana melakukannya?
·          Pemilihan tindakan yang sesuai mengikut situasi dan keadaan.

Langkah 5
Pelaksanaan Kemahiran
·          Butiran mengajar untuk menghasilkan pergerakan sebenar dalam situasi permainan

Langkah 6
Prestasi
·          Penilaian kebolehan berasaskan kriteria


Kitaran Model Bunker & Thorpe 1982




KATEGORI/JENIS PERMAINAN
·         Sasaran (Target)
·         Pukulan (Striking)
·         Jaring/Dinding (Net/Wall)
·         Serangan/Kawasan (Invasion/Territory)


Sasaran (Target)



·         Penekanan kepada ketepatan dan kawalan.
·         Modifikasi cabaran;
 Saiz sasaran
 Jarak dan peralatan
 Sasaran bergerak
1. Perlahan
2. Laju
·         Strategi
 Menyerang = merancang bagi mengenakan sasaran dengan mudah.
 Bertahan = mempertahan/menghalang objek daripada mengenakan sasaran.


Jenis-jenis sukan permainan Sasaran.
 Archery
 Golf
 Lawn bowls
 Tenpin bowling
 Bocce
 Croquet
 Billiards and
 snooker


Jaring/Dinding (Net/Wall)


·         Melibatkan pergerakan, kawalan dan pukulan ke arah ruang ditetapkan.
·         Pemain akan membuat pihak lawan sukar untuk menerima atau mengembalikan objek permainan.
·         Strategi
a.             Menyerang = menghantar objek di tempat yang sukar bagi pasukan lawan
             untuk mengembalikannya.
b.            Pemboleh ubah seperti ruang, kelajuan, jarak dan ketinggian laluan objek.
c.             Bertahan = sentiasa bersedia dan kawal ruang serangan.

Jenis-jenis sukan permainan Jaring/Dinding
 Badminton
 Squash
 Tennis
 Table tennis
 Volleyball


Pukulan/Pemadang (Striking/Fielding)

  •        Melibatkan larian, pukulan, lontaran, tendangan, dan tangkapan. 
  •      Runners memukul, menendang atau melontar objek dan lari ke tapak ditetapkan. 
  •      Fielders cuba dapatkan objek dan menghentikan larian lawan.
  •       Strategi:
                ◦ Menyerang = arah gerak objek (Placement) bertujuan menyukarkan fielders .
                ◦ Bertahan     =bertindak balas dan menjangka (anticipate) pergerakan objek,   
                                        Sentiasa bersedia dan gerak pantas mendapatkan objek.

Jenis-jenis sukan permainan Pukulan
Cricket
Softball
Baseball


Serangan/Kawasan (Invasion/Territory)




·         Melibatkan kawalan objek dan menjauhkannya daripada pihak lawan sambil menyerang.
·         Boleh melibatkan tendangan, balingan dan sebagainya.
·         Strategi
 Menyerang = mengawal objek daripada dirampas pihak lawan. Cuba buat serangan untuk mendapatkan gol (Kemenangan). Bergerak sambil membuka ruang serangan
 Bertahan = menghalang penyerangan mendapat gol/mata dengan berada di perantaraan penyerang dengan ruang serangan. Gunakan tangan, kaki atau kayu atau badan untuk menyekat serangan. Kawalan gol (Serangan).
Jenis-jenis sukan permainan Serangan/Kawasan
 Hockey
 Soccer
 Australian
 rules football
 Rugby league
 Rugby union
 Touch
 Water polo
 Basketball

Langkah-Langkah Keselamatan Semasa Mengelola dan Mengurus Permainan Kanak-Kanak
 Kenal pasti latar belakang murid-murid.
 Kawasan permainan selamat dari sebarang ancaman bahaya.
 Sentiasa sediakan peti pertolongan cemas.
 Pakaian pemain sesuai
 Peralatan dipastikan kesesuaian dan selamat digunakan.
 Ubahsuai tahap kesukaran permainan berdasarkan umur murid-murid.
 Kawal bilangan pemain.

No comments:

Post a Comment