Friday 8 June 2012

Tulang rangka




                  1. Sistem rangka merangkumi pelbagai fungsi tubuh. Sistem ini terdiri daripada tulang-tulang dan struktur-struktur sokongan seperti ligamen, kartilej dan sendi.
                  2. Terdapat 206 ketul tulang pada rangka manusia. Tulang-tulang ini mempunyai lapisan luaran yang kuat,keras, tebal dan bahagian tengah berongga yang mengandungi sum sum.
                  3. Ligamen adalah tisu berfiber yang menyambungkan dua atau lebih tulang atau rawan yang boleh bergerak . Ligamen memberi sokongan dan kekuatan kepada sendi .
                  4. Sendi adalah tempat pertemuan dua tulang yang bersebelahan . Terdapat tiga jenis sendi pada manusia iaitu sendi tanpa gerak ( synarthroses ) sendi yang mempunyai gerakan terhad (amphiarthroses) dan sendi yang boleh bergerak bebas ( diathroses) .
                  5. Kartilej adalah tisu yang kurang keras dan lebih fleksibel daripada tulang . Kartilej menyaluti hujung – hujung tulang yang membentuk sendi .  



                  SISTEM RANGKA MANUSIA

                           2 bahagian sistem rangka manusia iaitu:
                  1)    Rangka paksi
                          Tengkorak
                          Turus vertebra
                          Sangkar rusuk
                  2)    Rangka apendaj
                          Lengkungan pektoral
                          Lengkungan pelvis
                          Tulang-tulang anggota hadapan
                          Tulang-tulang anggota Belakang


                  Rangka paksi

                  1.    Tengkorak



                  Rangka atau tulang-tulang tengkorak ini melindungi kepala dan organ-organ dalam kepala.

                  Bahagian-bahagian tengkorak ialah:
                           Kranium
                          Berfungsi untuk melindungi otak.
                          Mempunyai 8 kepingan tulang yang berasingan bercantum melalui satur(sendi tak bergerak).
                           Soket mata (atau Orbit)
                          Berfungsi untuk melindungi kedua-dua bebola mata.

                           Tulang hidung
                          Berfungsi untuk menyokong tisu-tisu hidung yang lembut.
                           Lubang telinga
                  Berfungsi untuk melindungi bahagian dalam telinga
                           Rahang atas (atau Maksila)
                          Berfungsi menyokong barisan gigi atas.
                           Rahang bawah (atau Mendibel)
                          Berfungsi menyokong barisan gigi bawah.
                          Rahang berkebolehan untuk bergerak, iaitu untuk menguyah makanan dan sebagainya.
                           Bukaan pada dasar tengkorak
                          Berfungsi untuk menyambung tengkorak dengan turus vertebra.


                  2) Turus vertebra


                   
                           Tulang-tulang vertebra terdiri daripada 33 ruas tulang bersendi. Pada setiap hujungnya terbentuk satu turus yang boleh luntur. Turus vertebra berfungsi untuk melindungi saraf tunjang yang terletak dibahagian tengahnya. Diantara tulang-tulang vertebra, terdapat cakera rawan yang bertindak sebagai kusyen untuk penyerap hentakan(daya) dan mengurangkan geseran semasa pergerakan.

                  Bahagian-bahagian turus vertebra ialah:
                           7 vertebra serviks - Bahagian leher
                           12 vertebra toraks - Bahagian toraks
                           5 vertebra lumbar - Bahagian pinggang
                           5 vertebra sakrum - Bahagian punggung
                           4 vertebra koksiks - Bahagian hujung tulang belakang



                  Bahagian-bahagian vertebrata



                           Sentrum
                          Bersifat Pejal dan tegar
                          Memberi sokongan
                          Menentang daya mampatan
                           Arka
                          Merupakan lengkuk saraf
                          Terletak pada bahagian dorsal sentrum
                          Melindungi saraf tunjang
                           Salur saraf
                          Merupakan salur rongga kosong
                          Berfungsi sebagai laluan saraf tunjang



                           Zigapofisis
                          Merupakan muka sendi antara 2 vertebra.
                          Prazigapofisis mengarah ke atas.
                          Postzigapofisis mengarah ke bawah.
                           Cuaran spina
                          Berfungsi untuk melekatkan otot
                           Cuaran melintang
                          Berfungsi untuk melekatkan otot 


                  Sangkar rusuk
                           Sangkar rusuk berfungsi untuk melindungi jantung dan peparu
                  Tulang-tulang yang membentuk sangkar rusuk ialah:



                           12 pasang tulang rusuk bersendi dengan vertebra toraks dan melengkung ke hadapan.
                           7 pasang tulang rusuk bersendi dengan sternum secara terus.
                           3 pasang yang lain dihubung secara tidak langsung dengan rawan.
                           3 pasang tulang rusuk terakhir tergantung bebas dan tidak dihubungkan kepada sternum


                  Rangka apendaj
                           Rangka apendaj bersendi dengan rangka paksi pada bahagian bahu dan punggung.


                  Lengkungan pektoral
                           Terdiri daripada 2 tulang iaitu:
                  1)    Tulang klavikel
                           Berbentuk rod dan melengkung sedikit.
                           Bersendi dengan manubrium pada suatu hujung dan cuaran akromion pada suatu hujung yang lain.
                           Berfungsi untuk mengalirkan daya daripada lengan kepada badan manusia.
                  2)    Tulang skapula
                           Berbentuk sekeping tulang leper yang berupa segitiga.
                           Membentuk cuaran akromion dan cuaran korakoid yang dianjur daripada spina skapula.
                           Lesung glenoid(bahagian tulang skapula) bersendi dengan kepala tulang humerus anggota hadapan.




                  Lengkungan pelvis

                  Terdiri daripada 2 tulang kiri dan kanan yang simetri. Tulang-tulang pada kedua-dua bahagian ini bercantum antara satu sama lain di simfisis pubis pada bahagian ventral. Lengkungan ini terbahagi kepada:
                           Ilium yang bersendi dengan sakrum.
                           Iskium (atau tulang pelana)
                           Pubis (atau tulang ari-ari) 




                  Fungsi Sistem Rangka
                  Terdapat lima fungsi asas bagi sistem rangka iaitu :

                  1.  Sokongan
                           Tulang rangka membentuk kerangka tegar bagi pelekatan tisu – tisu lembut an organ – organ tubuh .
                           Contoh : Otot rangka dilekatkan pada tulang – tulang rangka .
                  2. Perlindungan
                           Tengkorak , kolum vertebra , sangkar rusuk dan kaviti pelvic melingkari dan melindungi organ – organ penting .
                           Contoh : Tengkorak melindungi otak .
                  3. Pergerakan
                           Tulang – tulang bertindak sebagai tuas apabila otot – otot yang melekat padanya menguncup lalu menghasilkan gerakan berpaksi pada sendi .
                           Contoh : Sendi siku – ulna dan humerus .
                  4. Pembentukan sel – sel darah
                           Sum – sum merah tulang orang dewasa menghasilkan sel – sel darah merah , putih , dan platlet . Tulang – tulang yang terlibat adalah sternum , sebahagian daripada pelvis , femur dan humerus .


                  5. Penyimpanan mineral
                           Sebahagian besar dari matriks tulang terdiri daripada kalsium dan fosforus. Mineral ini menjadikan tulang – tulang tegar dan rintang terhadap tekanan . Mineral – mineral ini boleh dikeluarkan untuk kegunaan bahagian lain tubuh apabila diperlukan .
                           Contoh : Kekurangan kalsium dalam diet  , menyebabkan kalsium dikeluarkan untuk    kegunaan bahagian tulang yang lain seperti penguncupan otot .


                  Jenis-jenis rangka

                  3 jenis rangka utama iaitu:
                           Rangka dalam
                           Rangka luar
                           Rangka hidrostatik

                  1)    Rangka dalam
                   
                  Tulang dan rawan terdapat di dalam badan organisma.Contoh organisma yang memiliki rangka dalam ialah:
                           Ikan
                           Ular
                           Kucing
                           Manusia


                  2)    Rangka luar
                   
                           Rangka ini merupakan rangka yang tegar terdapat di luar badan organisma. Hal ini bermaksud, semua rangka atau bahagian keras yang terdapat di luar badan organisma yang bertujuan untuk menyokong, melindungi atau menjadi tempat lekatan otot haiwan. Bagi organisma invertebrata, selalunya mempunyai rangka luar yang terbina daripada kitin atau kalsium.
                           Haiwan ini juga mengalami ekdisis iaitu proses salin kulit. Hal ini bertujuan untuk mengatasi sekatan pergerakan dan pertumbuhan yang terhad.
                           Contoh organisma berangka luar ialah:
                           Udang - Kulit udang terbina daripada kitin
                           Siput - Cangkerang siput terbina daripada kalsium
                           Ketam 

                  Rangka hidrostatik
                   
                           Rangka ini merupakan tekanan bendalir yang terdapat dalam suatu ruang yang dibalut oleh rangkaian otot dalam organisma tertentu.
                           Contoh organisma yang mempunyai rangka hidrostatik ialah:
                           Ubur-ubur
                           Cacing tanah
                           Ulat bulu

                  Klasifikasi tulang  

                           Terdapat pelbagai bentuk dan saiz tulang . Kepelbagaian ini membolehkan tulang – tulang memenuhi keperluan khusus bagi tulang tersebut
                  Tulang – tulang boleh diklasifikasikan berdasarkan empat bentuk :

                  A ) Tulang panjang 

                           Tulang – tulang dalam kumpulan ini secara umumnya lebih panjang ,lebar dan berfungsi sebagai tuas . Kebanyakan daripada tulang –tulang
                              panjang adalah tulang – tulang mampat .
                           Contoh : Tulang pada tangan ( humerus , radius , ulna , metacarpal dan falanges ) dan kaki ( femur , tibia , fibula , metatarsal , falangus )kecuali pergelangan tangan dan pergelangan kaki .



                  B )  Tulang pendek
                           Secara umumya , tulang – tulang pendek berbentuk kiub dan didapati diruang – ruang yang tertutup . Tulang – tulang ini berperanan memindahkan daya . Tulang – tulang ini berongga .
                           Contoh : Tulang – tulang pergelangan tangan ( karpal ) dan pergelangan kaki ( tarsal ) . 





                  C ) Tulang leper / pipih
                           Tulang – tulang ini berbentuk pipih , nipis dan melengkung . Tulang –tulang ini berfungsi sebagai pelekatan otot – otot dan melindungi organ-organ dibawahnya .
                           Contoh : Tulang – tulang kranium , rusuk dan sternum 






                  D ) Tulang tak sama bentuk
                           Tulang – tulang tak sama bentuk berfungsi sebagai tempat pelekatan otot atau artikulasi .
                           Contoh : Tulang – tulang vertebra       ( servikal , torasik , lumbar , sekrum ,  dan koksiks ) dan tulang telinga tengah ( stapes , inuks , maleus )





                  Struktur tulang panjang
                   
                  Tulang panjang terdiri dari diafisis dan dua efisis .

                           Efisis terletak pada kedua –dua hujung tulang panjang . Setiap efisis terdiri daripada lapisan nipis tulang mampat yang melingkari kawasan tulang yang berongga . Efisis dan diafisis terpisah oleh plat epifiseal merupakan kawasan aktiviti pembiakan sel – sel yang terlibat dalam tumbesaran tulang secara memanjang . Plat epifiseal ini digantikan dengan garisan epifiseal apabila tumbesaran tulang terhenti pada akhir remaja . 
                           Diafisis adalah tulang mampat yang disaluti dan dilindungi membrantisu penghubung berfiber yang dikienali sebagai periosteum . Diafisis melingkari kaviti medulari yang mengandungi sum – sum kuning tulang .
                           Periosteum mempunyai lapisan luar bergentian dan lapisan dalam bersel . Melainkan di antara kaviti sendi , lapisan superficial tulangpanjang yang melindungi semua tulang panjang dibaluti oleh periosteum .
                           Periosteum :
                           Mengasingkan tulang daripada tisu – tisu di sekelilingnya .
                           Menyediakan laluan peredaran dan pembekalan saraf .
                           Terlibat secara aktif dalam pertumbuhan pembaikan tulang .



                  Kepentingan sistem rangka kepada organisma

                           Antara kepentingan sistem rangka ialah:
                           Sokongan
                           Gerakan
                           Bentuk badan
                           Pelekatan otot
                           Perlindungan
                           Respirasi
                           Pembentukan sel-sel darah
                           Penyimpanan nutrien tertentu


                  Sokongan
                           Sokongan ini membolehkan haiwan-haiwan ini mengangkat tubuhnya dari tanah dengan bantuan otot. Sistem rangka ini juga membolehkan beban dikurangkan dengan menerima hentakan atau beban apabila melakukan pergerakan

                  Gerakan
                           Tulang yang terdapat di dalam badan organisma iaitu berangka dalam, seperti manusia, mempunyai sendi. Sendi ini berfungsi untuk melekatkan tulang-tulang ini supaya dapat bergerak tanpa terlepas daripada antara tulang-tulang lain.
                           Manakala, rangka luar, mempunyai rangka luar yang bersendi. Hal ini, membolehkan rangka luar bergerak.
                           Berbeza dengan organisma berangka hidrostatik, organisma ini bergerak dengan pengawalan tekanan bendalir badannya. Pengawalan ini membolehkan otot-otot dalam badannya bergerak secara antagonis.
                           Pergerakan antagonis ialah pergerak serentak 2 otot yang menjalan satu fungsi yang sama. Contohnya, otot biseps dan otot triseps bertindak serentak untuk membengkokkan tangan dan meluruskan lengan.

                  Bentuk badan
                           Contoh, organisma invertebrat hidrostatik memerlukan rangka hidrostatik untuk memberi bentuk badan dan ketegaran badan. Hal ini tidak terhad kepada organisma invertebrat sahaja. Organisma lain juga memerluka sistem rangka untuk memberi bentuk badan.

                  Pelekatan otot
                           Rangka-rangka pada organisma merupakan tempat pelekatan otot-otot organisma. Sistem rangka hidrostatik menyokong organisma dengan memboleh otot-otot dalam keadaan tegap.

                  Perlindungan
                           Badan organisma yang lembut dapat dilindungi oleh sistem-sistem rangka. Terdapat juga, organ-organ yang penting dan mudah tercedara dapat dilindungi oleh rangka-rangka tertentu. Contoh organ ini adalah seperti peparu dalam manusia yang dilindungi oleh sangkar rusuk. Rangka luar yang keras seperti cengkerang siput dapat melindungi siput.

                  Respirasi
                           Sangkar rusuk merupakan rangka dalam, sangkar rusuk memboleh tekanan udara dalam peparu naik dan turun. Hal ini, membolehkan haiwan bernafas dan memnghembus keluar.

                  Pembentukan sel-sel darah
                           Dalam sistem rangka dalam, terdapat sumsum tulang yang merupakan tempat penghasilan eritrosit dan leukosit darah.


                  Penyimpanan nutrien tertentu
                           Tulang-tulang rangka dalam dan luar, terbina daripada kalsium dan fosforus. Dalam pada itu, rangka-rangka ini juga menyimpan kalsium dan fosforus.

                  No comments:

                  Post a Comment